SUKAN LAIN
Skuad tinju kebangsaan intai sentuhan jurulatih luar
Pengendali skuad negara, Azmi Mohd Yunus, perlu meninggalkan anak buahnya bulan depan selepas Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) merancang untuk melantik jurulatih baru sama ada dari Cuba atau Thailand dengan kontrak jangka masa panjang.
Azmi mengisi jawatan ketua jurulatih tinju negara sejak 2017.
Namun, PTAM menganggap beliau tidak sesuai dengan tugas itu, terutama selepas peninju negara masih belum bersedia untuk mencabar tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Iklan
Justeru, PTAM merancang ntuk melantik jurulatih baru yang memiliki kelayakan dan pengalaman lebih baik.
"Dalam usaha mendapatkan jurulatih luar, kami perlu membuat keputusan yang tepat.
"Mungkin ada pihak yang mengatakan jurulatih terbaik adalah dari Kazakhstan, Cuba dan Thailand. Ia masih dalam penilaian kami.
"Calonnya mestilah dalam kalangan jurulatih muda yang berusia 40-an atau payah daripada itu untuk jangka masa panjang," kata Timbalan Presiden PTAM, Iruan Zulkifli, hari ini.
Pencapaian terbaik jurulatih kelahiran Melaka itu ialah ketika membantu Malaysia meraih satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Begitupun, pencapaian itu merosot kepada tiga gangsa dalam temasya di Filipina tahun lalu.
Dalam masa sama, badan induk akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja dengan Majlis Sukan Negara (MSN), 17 Februari ini.
Editor: Shaiful Shamsudin
Must-Watch Video