Skuad terjun negara menyasarkan untuk merangkul kesemua pingat emas yang ditawarkan dalam Sukan SEA Filipina 2019 dari 30 November hingga 11 Disember depan.
Bagaimanapun, hanya empat pingat emas yang ditawarkan dalam edisi ke-30 itu, iaitu 3 meter papan anjal individu (lelaki dan wanita) dan 3m papan anjal seirama (lelaki dan wanita), berbanding 13 pingat emas yang dipertandingkan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Jurulatih kebangsaan, Christian Brooker, menyatakan keyakinan beliau untuk melihat penerjunnya memberikan prestasi terbaik mereka.
“Kami mesti menang empat pingat emas … kami ada keyakinan penuh terhadap mereka kerana kita mempunyai tiga penerjun terbaik dalam kesemua acara yang dipertandingkan di sana,” katanya dalam sidang media di Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.
Brooker berkata nama-nama penerjun yang akan mewakili negara dalam temasya di Filipina akan diumumkan sebulan sebelum bermulanya temasya itu.
Brooker berkata penerjun negara perlu mengetahui prestasi pesaing negara-negara lain seperti Indonesia, Singapura dan Thailand memandangkan prestasi mereka semakin meningkat.
Katanya, sebagai persediaan untuk ke Sukan SEA, pasukan negara akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Terjun Piala Asia di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, dari 6 hingga 8 September depan, diikuti dengan tiga siri Grand Prix (GP), bermula di Gold Coast, Australia (8-10 November), Kuala Lumpur (15-17 November) dan Singapura (22-24 November).
Brooker juga memaklumkan bahawa Kejohanan Terjun Piala Asia juga menawarkan peluang untuk penerjun negara layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
-- BERNAMA