Tiada nama besar disenaraikan, sebaliknya Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) mengambil keputusan untuk hanya akan menurunkan skuad "kedua" dalam Kejohanan Sepak Takraw Asia di Kunming, China, bulan depan.
Daripada empat pemain yang tersenarai untuk membawa cabaran negara, hanya perejam, Noraizat Nordin dan Amirul Zazwan, pernah mewakili Malaysia di peringkat Sukan Asia dan Sukan SEA.
Ketua jurulatih, Abdul Talib Ahmad, mahu menggunakan kesempatan itu untuk menggunakan pemain muda memandangkan hanya satu acara dipertandingkan, iaitu regu.
Ia juga sebagai pendedahan terbaik untuk melihat kualiti yang dimiliki mereka, sekali gus menambahkan pilihan Talib menjelang Sukan SEA Filipina hujung tahun ini.
"Saya memberikan peluang kepada pemain baru untuk menggalas tanggungjawab mewakili negara. Ia amat penting buat skuad takraw negara," katanya.
Dalam masa sama, Talib akan membawa sebahagian besar pemain daripada skuad senior bersama barisan pemain wanita terbang ke Incheon, Korea Selatan bulan depan untuk menjalani latihan intensif selama 13 hari.
"Korea sedang bersedia menantikan kehadiran kami. Saya dapat melihat keseimbangan kualiti di antara kedua-dua pasukan," ujarnya.