Skip to main content

Sukan Lain

Skuad taekwondo dapat sentuhan bekas juara Korea

kim-hyeong-seob-taekwondo.jpg
Bekas juara Korea Selatan, Kim Hyeong Seob, dilantik sebagai pengendali baru skuad taekwondo kebangsaan dengan tugasan pertamanya adalah Kejohanan Taekwondo Grand Slam Dunia Siri China, 26 April ini, yang juga merupakan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Hyeong Seob memulakan sesi latihan pertama selepas memilih 22 pelatih baru kebangsaan.

Misi utamanya adalah membantu atlet negara untuk layak ke Sukan Olimpik selepas kali terakhir Elaine Teo dan Chee Chew Chan melakukannya dalam Sukan Olimpik Beijing 2008.

"Atlet Malaysia memiliki potensi untuk melangkah jauh jika mereka mengekalkan komitmen tinggi dan fokus terhadap sesi latihan. 

"Saya akan cuba bantu mereka layak ke Sukan Olimpik," kata Hyeong Seob.

Malaysia hanya menghantar tiga wakil untuk menyertai Grand Slam Dunia Siri China yang akan disertai atlet yang pernah mencabar Sukan Asia Indonesia 2018.

"Kehadiran Hyeong Seob boleh bantu tingkatkan kemahiran dan stamina saya. 

"Saya akan ukur prestasi saya dalam Grand Slam Dunia Siri China," kata atlet kyorugi negara, Iman Hakim Rakib.

Menurut seorang lagi atlet negara, Muhammad Syafiq Zuber:" Cabaran dalam kategori kyorugi memang lebih tinggi tetapi saya akan cuba menguasainya menerusi latihan gigih dan di bawah tunjuk ajar jurulatih baru."
 

Advertisement

Must Watch Video