Skip to main content

Sukan Lain

Skuad skuasy pamer peningkatan

skuasy.jpg
Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam, mengakui barisan pemain remaja negara menunjukkan peningkatan prestasi dalam Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Dunia 2019 di Bukit Jalil.

Barisan pemain wanita remaja negara mempamerkan aksi cemerlang selepas melayakkan diri ke pentas final kejohanan itu meskipun tewas kepada Mesir semalam.

Bagi Maniam, pingat perak yang diraih merupakan keputusan positif buat mereka apabila sebelum ini tiada wakil negara beraksi dalam final individu Kejohanan Skuasy Remaja Dunia yang berlangsung minggu lalu.

"Saya rasa mereka beraksi dengan baik dan memenuhi jangkaan yang diharapkan. Kami memberikan cabaran yang sengit," katanya.

Sementara itu, Maniam berpandangan kejohanan itu sebagai pendedahan terbaik dalam langkah meningkatkan prestasi dalam kejohanan seterusnya.

Bagaimanapun, SRAM bakal mengkaji semula langkah yang akan dilakukan berkenaan dengan kekalahan berturut-turut kepada Mesir.

"Kami perlu melihat cara pemain menangani perlawanan. Saya pasti mereka juga fikir begitu. Pemain memerlukan kekuatan mental untuk menghadapi situasi begitu."

Advertisement

Must Watch Video