Skip to main content

Para ASEAN

Skuad renang sumbang tiga emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

19917renang.jpg
Emas kontinjen para Malaysia di Pusat Akuatik Nasional akhirnya disumbangkan oleh Anas Zul Amirul Sidi apabila dia mengungguli acara 100m gaya bebas S14 dalam Sukan Para ASEAN, hari ini.

Anas, yang mendominasi dari awal saingan, mencatat 59.79s untuk menghadiahkan emas pertama daripada skuad renang dan lebih manis,,dia berjaya memecahkan rekod kejohanan milik perenang Singapura, Benson Tan Eng Kiong, 1m 2.88s, yang dicipta di Naypyidaw pada 2014.

Dalam temasya kali ini, Benson, terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dengan catatan 1m 1.38s dan gangsa milik Zadrian Chan (1m 1.7s).   

"Emas ini untuk ayah (Zul Amirul Sidi Abdullah). Dia adalah idola saya kerana sebelum saya jadi perenang negara, ayah saya susah tetapi dia mempunyai semangat yang tinggi untuk memastikan saya menjadi perenang yang berjaya," kata perenang berumur 17 tahun itu.

Sebelum itu, Jameri Siga yang beraksi dalam acara 200m gaya bebas S5 menghadiahkan perak dengan mencatat masa 3m 12.45s tetapi dalam aksi kegemarannya, 50m kuak kupu-kupu, dia berjaya memperbaiki pingat tersebut untuk merangkul emas.

Seterusnya , Julius Jaranding yang beraksi dalam acara 100m gaya bebas S12 nyata tidak mampu menandingi lawan dari Indonesia, Menaser Meriba Numberi, yang lebih unggul untuk meraih emas dengan catatan 1m 5.98s. Julius meraih pingat perak dengan 1m 7.68s.

"Saya amat berpuas hati kerana dapat membuktikan kepada Malaysia bahawa saya mampu melakukannya dan meraih emas," kata Jameri.

Secara keseluruhan skuad negara meraih tiga emas, dua perak dan dan tiga gangsa hari ini selepas gagal menghadirkan sebarang emas dalam saingan semalam.

Mengulas mengenai perkembangan itu, Jameri berkata: Saya amat berbangga dengan pencapaian pasukan hari ini. Bagi saya, saya tidak mahu mengecewakan Malaysia."

Advertisement

Must Watch Video