Skuad memanah wanita mengharumkan nama negara apabila membolot pingat emas di peringkat kedua Piala Asia 2019 di Taiwan, hari ini.
Gandingan Nur Aliya Ghapar, Loke Shin Hui dan Nur Afisa Abdul Halil mencuri perhatian apabila menewaskan Australia 6-2 dalam aksi final acara recurve berpasukan wanita.
Bagaimanapun, pemenang perak Kejohanan Dunia 2019, Khairul Anuar Mohamad, terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas tewas kepada pemanah berusia 19 tahun dari Korea Selatan, Kim Pil-Joong, 2-6 di pentas final acara recurve lelaki.
Malaysia meraih gangsa melalui Muhammad Akmal Nor Hasrin apabila menumpaskan Kim Hyeonjong 7-3 dalam pertarungan menentukan tempat ketiga.
Dalam acara berpasukan, trio Malaysia yang terdiri daripada Khairul Anuar, Muhammad Akmal dan Haziq Kamaruddin tewas 2-6 kepada trio Korea Selatan, Kim Hyeonjong, Kim Pil-Joong dan Lee Jinyong dan sekadar berpuas hati dengan penambahan satu lagi perak.
Dalam acara berpasukan campuran, pasangan negara Nur Aliya-Khairul Anuar meraih perak apabila tunduk kepada pasangan dari Taiwan, Su Szu-Ping-Chen Zhao-Sheng, 1-5 dalam aksi final.
-- BERNAMA