Skip to main content

Sukan Lain

Skuad recurve wanita mahu kekal momentum

memanah-wanita.jpg
Selepas cemerlang dalam saingan Piala Asia baru-baru ini, skuad memanah recurve wanita negara kini mengidam tiket terakhir ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 Oktober depan.

Kem recurve wanita negara mempamerkan kecemerlangan di Taiwan apabila Nur Aliya Ghapar, Shin Hui Loke dan Nur Afisa Abdul Halil meraih pingat emas acara berpasukan, sekali gus menamatkan penantian lapan tahun penampilan atlet memanah wanita Malaysia di pentas itu.

Berdasarkan pencapaian itu, mereka mahu mengekalkan momentum menjelang saingan Kejohanan Asia di Bangkok, Oktober depan, bagi merebut slot ke Olimpik 2020.

Kali terakhir Malaysia mempunyai wakil wanita bagi acara memanah dalam temasya itu adalah ketika edisi 2012 di London menerusi Nurul Syafiqah Hashim.

"Saya sendiri terkejut kerana sebelum ini hanya meraih gangsa untuk berpasukan. Alhamdulillah kami dapat menewaskan Korea Selatan untuk ke final," kata Nur Aliya.

"Kami perlu ambil peluang itu dan beri yang terbaik. Peluang mungkin ada tetapi bergantung kepada rezeki," tambah Nur Afisa.

Advertisement

Must Watch Video