Jurulatih Terengganu, Khairizal Ali Amat, mengakui pasukannya bergelut untuk memperagakan aksi terbaik meskipun memulakan saingan Piala Agong dengan langkah kanan apabila menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 15-11, kelmarin.
Menurut Khairizal, persefahaman pemain-pemainnya masih berada pada tahap yang rendah, malah terpaksa turun dengan skuad yang tempang tanpa enam lagi pemain yang tidak dapat ditampilkan.
Tahap disiplin pasukannya juga tidak mencapai tahap terbaik, terutama barisan pertahanan yang melakukan kesilapan sehingga membenarkan pasukan lawan menguasai perlawanan.
Namun, kemenangan itu, kata Khairizal, sedikit-sebanyak menaikkan moral mereka untuk mendapat keputusan positif dalam kunjungan ke Negeri Sembilan dalam aksi kedua, 5 Ogos ini.
“Masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki, antaranya gerakan penyudah, kerana tiada bantuan diberikan ketika membuat serangan.
“Diharapkan enam lagi pemain yang tidak mendapat pelepasan majikan akan turut serta memandangkan mereka diperlukan dalam perancangan saya,” ujar Khairizal.
Dalam perlawanan di Kompleks Sukan Gong Badak itu, Terengganu ketinggalan tiga mata pada awal perlawanan menerusi penalti tonggak PDRM, Sae Faalupega.
Terengganu mendahului selepas melakukan try oleh Faiz Izuddin dan penalti Muhd Faizal manakala Faalupega menambah mata buat PDRM juga melalui penalti untuk menjadikan kedudukan 8-6 sehingga tamat separuh masa.
Mereka kemudian berjaya menjarakkan kedudukan 15-6 dengan try dilakukan pemain flanker, Azam Fakrullah, dan conversion Muhd Faizal.
PDRM cuba untuk bangkit dan tampil lebih agresif, namun hanya mampu menambah lima mata hasil try Razitaman Kalaam.
Tentangan ditunjukkan PDRM nyata membanggakan pengurusnya, Zaini Mohammad Piah, yang menyifatkan mereka tidak bernasib baik untuk mengejutkan Terengganu.
Gabungan pemain-pemain lama dan baharu itu, ujarnya, menunjukkan keserasian memuaskan dan mencemaskan tuan rumah dengan beberapa try yang hampir memberi mata kepada PDRM.
“Berdepan pasukan pilihan seperti Terengganu, kami beraksi dengan baik.
“Sedikit aspek permainan akan ditingkatkan untuk perlawanan seterusnya dua minggu lagi,” kata Zaini.