Skip to main content

Sukan Lain

Skuad ragbi negara ke playoff Piala Dunia 2019

rugbi.jpg
Skuad ragbi negara menempah laluan ke perlawanan playoff ragbi Piala Dunia 2019 selepas muncul juara Divisyen Satu, Kejohanan Ragbi Asia dengan menundukkan Sri Lanka dalam perlawanan dramatik.

Malaysia, yang telah melakar dua kemenangan sebelum ini, bertekad meneruskan aksi cemerlang menentang Sri Lanka dan bermula baik apabila Jone Mawara Nasalo menghasilkan try untuk memberikan lima mata kepada skuad negara.

Bagaimanapun, Sri Lanka bangkit menerusi dua penalti yang dihasilkan oleh Thilina Gurukandure, sekaligus menyaksikan keputusan 6-5 memihak Sri Lanka menuju masa rehat.

Bersambung dalam babak kedua, Gurukandure mengukuhkan lagi kedudukan buat Sri Lanka apabila menghasilkan satu lagi penalti untuk menambah tiga mata buat pasukan.

Tersentak, Sakiusa Terence Gavidi menjadi pencetus kebangkitan Malaysia apabila berjaya menghasilkan try untuk Malaysia kembali di depan 10-9, sebelum Amirul Aqil Kamsol menghasilkan conversion untuk mengutip pertambahan dua mata.

Wong Wye Wye tidak ketinggalan menghasilkan satu lagi try untuk Malaysia, diikuti conversion Asyraf Norudin, sekaligus menjadikan kedudukan 19-9 ketika perlawanan berbakai 10 minit.

Kemenangan 22-9 Malaysia dilengkapkan dengan penalti terakhir perlawanan yang disempurnakan oleh Amirul.

Malaysia kini akan berdepan Hong Kong dan Korea Selatan dalam perlawanan playoff yang akan berlangsung tahun depan.

"Saya gembira dengan pasukan ini, ini adalah kali pertama kami akan Liga Perdana," ujar pengendali, Lee Nyuk Fah.

Kapten, Syahir Asyraf, turut mengucapkan terima kasih kepada barisan penyokong yang tidak henti-henti memberi sokongan.

"Rakan sepasukan beraksi dengan baik, inilah anugerah yang terbaik buat skuad negara dan penyokong yang hadir hari ini," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video