Skip to main content

Sukan Lain

Skuad ragbi negara dalam kelompok 50 terbaik dunia

ragbi-250517.jpg
Skuad ragbi 15 sepasukan negara terus mengharumkan nama Malaysia apabila mendaki ke kelompok 50 pasukan terbaik seperti yang diumumkan oleh Ragbi Dunia.

Ia ekoran kejayaan negara mempertahankan kejuaraan dalam Kejohanan Ragbi Asia Divisyen 1 di Ipoh, 14-20 Mei lalu.

Skuad negara berjaya menumbangkan pasukan seperti Filipina, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Sri Lank, sehingga berjaya melonjak ke tangga ke-47 dunia daripada tangga ke-55 sebelumnya.

Ini merupakan kedudukan terbaik Malaysia dalam ranking Ragbi Dunia sejak ditubuhkan pada 1984.

"Untuk makluman, pada 2013, kita berada di kedudukan ke-71 dunia dan dalam tempoh empat tahun, kita menduduki tangga ke-47 dunia.

"Ini satu pencapaian yang sangat baik yang membuktikan bahawa Malaysia berada di landasan tepat dalam menaikkan sukan ragbi," kata Pengurus Besar Ragbi Malaysia, Mazuri Sallehudin.

Bagi melaksanakan impian untuk layak ke Piala Dunia 2019, persiapan rapi juga sedang dirangka sebelum bersaing bersama Hong Kong dan Korea Selatan dalam Divisyen Perdana, Kejohanan Ragbi Asia, tahun hadapan.

Hanya juara divisyen sahaja akan berpeluang untuk bersaing dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2019 di Jepun.

"Kita perlukan lebih banyak pendedahan latihan di luar (negara) bersama pasukan yang lebih kuat dan mantap.

"Untuk itu, kami melihat New Zealand dan Australia sebagai negara paling strategik."


 

Advertisement

Must Watch Video