Jurulatih skuad ragbi negara, Lee Nyuk Fah, mahu tempoh seminggu kem latihan fasa akhir dapat dimanfaatkan sebaik mungkin supaya aksi terbaik dapat dipamerkan bagi mempertahankan Kejuaraan Divisyen Satu, Kejohanan Ragbi Asia (ARC), pertengahan bulan ini.
Harapan tinggi digalas skuad negara selepas kejayaan menjuarai Divisyen Satu buat julung kali dengan menewaskan Singapura tahun lalu.
Kali ini, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah di Ipoh, Perak, yang menjadi gelanggang dalam misi mempertahankan gelaran selain mendapat satu lagi peluang untuk ke Divisyen Perdana.
Ketika ini, seramai 32 pemain berada dalam kem latihan fasa akhir dengan hanya 25 pemain akan disenaraikan untuk ke Ipoh.
"Kebanyakan pemain kita dapat diturunkan.
"Mereka telah menjalani latihan bersama-sama dan melaksanakan pelan yang diterapkan seperti yang telah ditunjukkan.
"Kami akan mengetengahkannya dengan harapan pemain-pemain akan mencapai kemuncak prestasi pada masa dan tempat yang tepat.
"Secara fizikal dan mentalnya, mereka sudah bersedia untuk Kejohanan Divisyen Satu ARC ini," katanya.
Sebelum ini, skuad negara berkunjung ke Perth, Australia, pada penghujung bulan lalu dengan mengharungi dua perlawanan ujian di sana.
Prestasi mereka tidak mengecewakan dengan melakar kemenangan, masing-masing ke atas kelab Emerging Force dan Palmyra.
Secara tidak langsung, ia memberi impak positif buat skuad negara dengan pengalaman yang diraih itu cukup berharga.
"Selama kunjungan kami di Perth dalam tempoh 10 hari itu, kami telah mengadakan dua perlawanan ujian dan juga mendapat panduan daripada jurulatih Best Western Force.
"Selain itu, kami juga dapat membentuk keserasian dan kerjasama dalam kalangan pemain."