Skip to main content

Sukan Lain

Skuad ragbi negara bakal berguru di New Zealand?

24517syahrul.jpg
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) tidak menolak kemungkinan skuad negara mengadakan latihan di New Zealand sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Perdana tahun depan dalam misi untuk melayakkan diri ke Piala Dunia Ragbi 2019.

Selepas kejayaan menjuarai saingan Divisyen Satu Asia baru-baru ini, skuad negara perlu berdepan Korea Selatan dan Hong Kong dalam saingan Liga Perdana sebelum berdepan salah satu negara Oceania di peringkat play-off untuk ke Piala Dunia.

Presiden KRM, Datuk Shahrul Zaman Yahya, tidak menolak kemungkinan latihan di New Zealand buat skuad 15 sepasukan negara selepas terdapatnya kerjasama di antara KRM dan juga Kesatuan Ragbi New Zealand (NZR) yang diilhamkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

"Khairy telah ke New Zealand dan bertemu dengan skuad ragbi di sana, malah berkemungkinan mendapatkan pakar sukan ini untuk membantu meningatkan mutu skuad negara," katanya.

Dalam pada itu, Shahrul Zaman mengakui kelibat Brad Mika sebagai penasihat teknikal skuad kebangsaan akan diteruskan selepas kehadiran bekas pemain All Blacks itu banyak membantu pengendali kebangsaan, Lee Nyuk Fah.

Walaupun Mika hanya dipinjamkan Kesatuan Ragbi Sabah dan tidak secara tetap dengan KRM, Shahrul Zaman tidak berasa ia adalah satu masalah buat skuad negara.

"Kami telah menyusun jadual bagi memastikan penglibatan pemain-pemain negara beraksi dalam saingan domestik serta di peringkat antarabangsa."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video