Presiden Persekutuan Petanque Malaysia (PPM), Datuk Radzi Mansor, mengesahkan skuad negara bakal mendapatkan khidmat bekas jurulatih kebangsaan, Syed Ali Syed Akil dan Zanilisa Mohamed, sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA Filipina dari 30 November hingga 11 Disember depan.
Selepas lima bulan bersama skuad kebangsaan, Kolonel Ahmad Zulkifli Mohamad Zain terpaksa melepaskan tanggungjawab mengendalikan skuad petanque negara atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.
Sehubungan itu, PPM memutuskan untuk kembali menggunakan khidmat Syed Ali dan Zanilisa.
Dua belas atlet negara akan dihantar mewakili Malaysia ke sukan dwitahunan tersebut dengan menetapkan sasaran untuk menggondol dua pingat emas.
"Zulkifli telah menyerahkan surat peletakan jawatannya dan atas budi bicara, kami menerimanya.
"Beliau sangat berkaliber dan komited untuk memberikan latihan terbaik untuk skuad negara," kata Radzi.
Harapan untuk melihat skuad petanque menyumbang pingat disuarakan presiden itu selepas kategori perseorangan tidak dipertandingkan lalu memaksa prospek emas kelahiran Kelantan, Muhammad Hafizuddin Mat Daud, beraksi dalam acara beregu.
"(Dia boleh berjaya dengan syarat) dia sendiri berkeinginan.
"Insya-Allah dengan usaha dan tunjuk ajar daripada jurulatih, mereka mampu mengharumkan nama negara," tambah beliau.