Ketua jurulatih skuad memanah negara, Lee Jae-hyung, memilih Cameron Highlands sebagai kem latihan terakhir untuk anak buahnya menjelang Kejohanan Dunia di Belanda, Jun depan.
Keutamaan pengendali dari Korea Selatan itu adalah cuaca sejuk dan berangin yang bakal dihadapi pemanah negara, terutama bagi acara recurve yang mempertaruhkan slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Sudah pasti dalam aksi di Belanda kelak, atlet negara memerlukan persediaan terbaik dengan syarat mereka perlu mencuri slot lapan slot terbaik keseluruhan.
Skuad negara akan menjalani latihan penyesuaian diri di Cameron Highlands sebaik tamat Kejohanan Terbuka Shanghai yang akan berlangsung dari 4 hingga 12 Mei depan.
"Kami perlu bersedia untuk menghadapi rintangan cuaca.
"Saya memilih Cameron Highlands kerana cuaca di sana lebih sejuk," katanya.
Skuad negara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam selepas membawa pulang satu pingat emas menerusi compound berpasukan wanita selain dua perak menerusi acara compound individu wanita dan recurve berpasukan lelaki dalam pusingan pertama Piala Dunia Asia 2019 di Thailand.