Skuad hoki negara berdepan risiko kehilangan kapten pasukan, Sukri Mutalib, dalam Kejohanan Final Siri Dunia di Kuala Lumpur -- juga kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 -- bermula 23 April ini kerana masih belum pulih daripada kecederaan jari.
Ketiadaan Sukri pasti memberikan tamparan buat The Malaysian Hockey Tigers yang mahu membentuk skuad terbaik dalam usaha melayakkan diri ke Tokyo.
Sukri hanya mempunyai tempoh sekurang-kurangnya tiga minggu lagi untuk pulih dan secara logiknya, amat sukar untuk kapten skuad kebangsaan itu untuk kembali mendapatkan prestasi terbaik.
Ia merupakan tempoh yang disarankan doktor selepas pemain pertahan itu patah jari sewaktu mewakili UniKL dalam final Piala TNB, bulan lalu.
Ikuti perkembangannya dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.