Skip to main content

Hoki

Skuad hoki lelaki kebangsaan adakan kem latihan pusat terbesar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki-khm.jpg
Peluang terbuat buat seramai 46 pemain untuk menambat hati ketua jurulatih hoki baru kebangsaan, Sarjit Singh.

Dalam satu Sidang Media Senarai Pemain Ke Kem Latihan Hoki Negara yang diumumkan di Bukit Jalil sebentar tadi, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bersetuju menyambut cadangan Sarjit untuk mengadakan sesi pemilihan terbesar yang menggabungkan pemain muda mahupun muka berpengalaman. 

Barisan pemain ini yang berkumpul bermula 19 Mac ini akan membentuk tiga pasukan dan berentap sesama sendiri dengan matlamat utamanya ialah untuk membentuk sebuah pasukan mantap bagi menghadapi Sukan Asia dalam tempoh dua tahun setengah lagi. 

 

"Hanya empat pemain melebihi 30 tahun yang tersenarai iaitu Marhan Jalil, Fitri Saari, Faizal Saari dan Hafizuddin Othman.


 "Mereka pemain luar biasa dan kami perlu membentuk sebuah pasukan berpandukan (keupayaan) mereka," kata Sarjit yang akan dibantu penolong jurulatih 1, Sukri Mutalib, penolong jurulatih 2, Azrul Effendy Bistamam, selain jurulatih penjaga gol, S. Kumar. 


Dalam masa sama, dia -- yang ditemani Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Datuk Najmi Razak, tidak menutupkan sepenuhnya pintu kepada pemain yang tersisih sambil menawarkan mereka kesempatan untuk menyertai latihan untuk membuktikan kemampuan sebelum skuad senior hoki kebangsaan memuktamadkan 30 pemain bagi mengharungi dua kejohanan iaitu Piala Sultan Azlan Shah 2024 di Stadium Hoki Ipoh di Perak, 4 Mei depan dan diikuti Piala Enam Negara-Negara di Poland.
 



 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video