Menjelang kejohanan Piala Dunia Hoki Dalam Dewan, skuad negara menggesa untuk diadakan insentif program yang boleh membantu setiap pemain mencapai potensi terbaik.
Pasukan Malaysia menamatkan saingan Piala Asia Hoki Dalam Dewan di tempat kedua di belakang pencabar utama, Iran, di Taldykorgan, Kazakhstan, baru-baru ini.
Selepas melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali pertama, ketua pasukan, Muhammad Najmi Farizal Jazlan, meminta supaya pihak berwajib membantu untuk memperkasakan seluruh pasukan selain mengharapkan pelan jangka masa panjang mula diperkenalkan.
Menurut wartawan Astro Arena, Karl Nunis, pakar pukulan sudut penalti itu mendedahkan bahawa dia enggan lagi senario lama berulang di mana pasukan Malaysia dibentuk pada saat akhir dan hanya menjalani latihan secara singkat sahaja.
Skuad hoki dalam dewan negara masih mengalami masalah kemudahan tempat latihan apabila sering kali menjadi perkara berbangkit dalam perbincangan bersama Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).
Ini kerana, mereka terpaksa menyewa di dewan hoki Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Sentul, Kuala Lumpur.
Perkara ini seharusnya menerima perhatian dan diharapkan badan induk seperti Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) dapat membantu menyelesaikan kemelut itu.

“Kami mahu program khusus”
— karlnunis (@_karlnunis) May 26, 2024
Kapten skuad hoki dalam dewan negara, Najmi Farizal enggan senario bentuk pasukan saat akhir berlaku sekali lagi menuju Piala Dunia di Croatia, Februari 2025.
@ASTROARENA pic.twitter.com/szH2svze71