Skip to main content

Futsal

Skuad futsal kebangsaan uji Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

futsal.jpg
Ketua jurulatih, Rakphol Sainetngam, berpeluang mengukur kemampuan skuad futsal Harimau Malaya apabila bertemu Indonesia, Ahad ini. 

Ia sebagai sebahagian daripada untuk menghadapi Kejuaraan Futsal ASEAN 2024 di Nakhon Ratchasima, Thailand, pada awal bulan depan. 

Namun, Rakphol memberi ruang untuk anak buahnya memulihkan kecergasan selepas mengharungi Final Malaysia Futsal Cup (MFC) 2024 --  di antara Johor Darul Ta'zim lwn Selangor FC pada Ahad, lalu -- sebelum bertolak ke Yogyakarta, Jumaat ini. 




"Pemain nampak agak kepenatan selepas mengharungi perlawanan berkeamatan tinggi pada Ahad lalu," katanya pada hari kedua di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya. 

Skuad futsal Harimau Malaya akan berdepan Brunei pada 3 November sebelum berentap dengan Vietnam (4 November), Thailand (5 November) dan Timor Leste (6 November) di di Terminal 21.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video