SUKAN LAIN
Skuad dodgeball negara idam gelaran juara
Kapten skuad dodgeball lelaki negara, Mohd Heidy Mohd Yusof, menysasarkan gelaran juara dalam Kejohanan Asia Pasifik 2017 selepas cemerlang di kedudukan kedua dalam Piala Dunia di England tahun lalu.
Seiring dengan kejayaan tahun lalu, skuad dodgeball lelaki negara tiada pilihan lain selain muncul juara di peringkat Asia Pasifik di mana Malaysia merupakan pasukan tuan rumah.
Sasaran yang diletakkan skuad negara tampak drastik selain beraksi di laman sendiri juga menyumbang kepada tekanan melibatkan keseluruhan pemain negara.
Iklan
Namun, dengan kejayaan muncul naib juara dalam Piala Dunia tahun lalu, Malaysia perlu berada pada satu pencapaian yang baru sebagai penanda kepada peningkatan prestasi pasukan ini.
"Tekanan sentiasa ada dan ia bukan perkara mudah. Apatah lagi, ketika ini kami menghuni ranking kedua di dunia.
"Walaupun menggalas beban yang berat, saya percaya kami akan muncul pasukan no.1," jelas Heidy.
Prestasi Malaysia turut seimbang membabitkan kategori wanita dan campuran, menjadikan mereka sebagai pasukan pilihan menjelang kejohanan yang akan berlangsung dari 29 September hingga 1 Oktober ini.
"Saya juga sedang melihat Pakistan dan Iran.
"Walaupun mereka boleh dianggap sebagai pasukan baharu, mereka memiliki potensi. Sudah pasti kami tidak akan memandang rendah sesiapa pun yang menjadi lawan kami," tambahnya.
Must-Watch Video