Pemain boling tenpin negara, Rafiq Ismail, antara pilihan utama untuk mengisi empat slot yang akan mewakili negara ke Sukan SEA Filipina 2019 dari 30 November hingga 11 Disember depan selepas menjuarai dua kejohanan, Terbuka Hong Kong dan Terbuka Singapura, bulan lalu.
"Saya boleh katakan tempat Rafiq hampir pasti terjamin memandangkan dia memenangi empat kejohanan dalam tempoh sebulan.
"Begitu juga dengan kelibat Si Li Jane yang sukar untuk diketepikan sementara kedudukan atlet selebihnya adalah setara.
"Terdapat lapan atlet lelaki dan lapan atlet wanita sedang bersaing untuk merebut empat tempat yang ditawarkan," kata pengurus pasukan boling tenpin negara, Maradona Chok.
Bagaimanapun, Maradona berharap pemilihan akhir dapat ditentukan sehingga tarikh akhir pendaftaran berikutan Kongres Boling Tenpin Malaysia (MTBC) harus memilih pemain terbaik disebabkan tiada slot simpanan kali ini.
Dalam pada itu, Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) yakin mampu mara ke 10 acara final dalam Sukan SEA 2019.
Bagaimanapun, badan induk itu hanya berani menyasarkan lima pingat emas dalam temasya dwitahunan itu.
"Kami akan mengambil bahagian dalam 10 kategori.
"Kami berasakan atlet yang terpilih akan memiliki peluang untuk ke final bagi memenuhi sasaran lima emas," ujar pengurus pasukan memanah, Datuk Johari Salleh.
NAAM akan menyenaraikan 16 pemanah yang diketuai naib juara dunia recurve, Khairul Anuar Mohamad.