Skuad bola keranjang wanita remaja negara meraih pingat perak dalam aksi final Kejohanan FIBA 3 Lawan 3 Asia Bawah 18 tahun selepas tewas kepada Indonesia, semalam.
Sasaran Malaysia untuk merangkul pingat emas dinafikan Indonesia di pentas final apabila kecundang 13-6.
Skuad negara yang diwakili Chow Pui Yee, Foo Suet Ying, Lim Jing Zhe dan Yap Siew Hong, gagal menyaingi Indonesia yang terlebih dahulu mudah menguasai perlawanan.
Beberapa percubaan dilakukan Malaysia bagi mengejar mata, namun Indonesia -- yang terlebih dahulu menumpaskan kuasa besar, China, dalam aksi separuh akhir -- berjaya mengekalkan momentum untuk bergelar juara.
Bagaimanapun, ketua jurulatih, Choo Seck Yun, mengangap pingat perak ini telah melepasi sasaran awal mereka di mana pada edisi lalu, Malaysia sekadar berpuas hati di tempat ketiga.
Paling membanggakan buat Seck Yun apabila anak buahnya pertama kali mampu menundukkan juara bertahan, Jepun, dengan keputusan 11-8 dalam suku akhir.
"Pemain saya mampu memberikan persembahan yang baik berdepan Jepun dan meneruskan momentum itu hingga ke final. Saya juga memberitahu mereka untuk berjuang habis-habisan," kata Seck Yun.