Kejutan untuk Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2017 menyaksikan pemain skuasy negara, S. Sivasangari, terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir ekoran terpaksa menumpukan perhatian kepada peperiksaan.
Sivasangari kini melanjutkan pengajian di peringkat “O Level” serta perlu menduduki beberapa peperiksaan pada penghujung bulan ini.
Penarikan diri pada saat-saat akhir dibuat atas dasar tidak mampu untuk memberi tumpuan kepada dua perkara dalam satu masa.
Ia adalah keputusan yang sukar buat dirinya memandangkan pada edisi kali ini, ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, kembali ke tanah air membuat penampilan.
"Saya berasa sangat gembira untuk bermain kerana Nicol telah kembali selepas tiga atau empat tahun. Kamu tidak akan dapat bermain dengannya setiap hari.
"Agak kecewa bagi saya kerana tidak dapat bermain dalam Kejohanan Kebangsaan ini. Saya perlu fokus kepada pembelajaran saya terlebih dahulu," katanya.
Sejurus tamat menduduki peperiksaan, Sivasangari akan kembali mempersiapkan dirinya menghadapi Kejohanan Remaja Dunia di New Zealand, Julai hadapan.
Ini merupakan tahun terakhirnya beraksi dalam kategori remaja, justeru dia bertekad untuk memperbaiki pencapaian pada tahun 2016 yang menyaksikan dia tersungkur di peringkat separuh akhir di tangan pemain Mesir, Nouran Gohar.
"Saya akan menghadapi Kejohanan Remaja Dunia. Itu merupakan kejohanan terakhir saya dalam kategori remaja.
"Saya akan fokus terhadap kejohanan itu dulu pada akhir Julai sebelum mempersiapkan diri untuk Sukan SEA. Kemudian saya akan fokus kepada kejohanan PSA pula."