Kapten skuad hoki wanita negara, Siti Noor Amarina Ruhani, menganggap lonjakan ranking skuad negara ke kedudukan ke-20 dunia Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) sebagai kejayaan paling tinggi yang diraih sepanjang 15 tahun bersama pasukan itu.
Kemas kini ranking terbaru yang dikeluarkan oleh FIH menyaksikan skuad Malaysian Tigress menghuni tangga ke-20 dunia daripada kedudukan ke-22 sebelum ini, sekali gus mencerahkan peluang untuk beraksi dalam pusingan kelayakan akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020, November depan.
Bagi pemain berusia 32 tahun itu, dia tidak boleh terlalu yakin dengan kedudukan terkini memandangkan skuad kendalian Dhaarma Raj Abdullah itu hanya dipisahkan lima mata dengan Republik Czech di tangga ke-21.
"Selama 15 tahun dalam pasukan, ini adalah perubahan ranking paling bagus buat saya. Ia membuatkan saya bangga dengan pasukan dan ini menjadi petanda baik bagi memajukan skuad kami," katanya.
Penentuan hanya boleh disahkan selepas FIH membuat kemas kini ranking hujung bulan depan dan ketika ini, Siti Amarina menjelaskan dia berhadapan dilema untuk kembali ke benua Eropah bagi meneruskan khidmatnya dalam saingan Liga Sepanyol ekoran pertembungan tarikh dengan majlis konvokesyennya.
"Ia adalah peluang bagus untuk meningkatkan prestasi secara individu dan saya fikir ia kesempatan terbaik dalam usaha meningkatkan prestasi individu. Ia boleh mematangkan permainan dan memantapkan teknik yang saya miliki."