Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, menegaskan perubahan sistem pencalonan untuk bertanding merebut jawatan dalam badan induk itu tetap relevan walaupun ia bakal menimbulkan kerumitan.
Kongres FAM Ke-55 kelmarin antara lain bersetuju meminda Artikel 27 (4), iaitu setiap calon perlu mendapat sekurang-kurangnya enam pencalonan sebelum layak bertanding jawatan presiden.
Ini bermakna tidak semua individu sewenang-wenangnya boleh merebut kerusi nombor satu badan induk itu.
Namun, ia tampak akan mengundang masalah jika seseorang calon itu gagal mendapatkan kuota pencalonan yang ditetapkan.
"Peraturan harus diikuti kerana ia sudah pun mendapat kelulusan kongres FAM, termasuk Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Pesuruhjaya Sukan (PJS).
"Jadi tidak timbul soal tidak cukup pencalonan atau pilihan lain dan kalau tidak, pencalonan semula perlu dilakukan," katanya.
Pindaan artikel itu turut membabitkan jawatan timbalan presiden, naib presiden dan ahli jawatankuasa eksekutif dengan setiap jawatan memerlukan pencalonan tertentu.
Terdahulu, Yusof bersama Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM meraikan ulang tahun pertama kepimpinan Datuk Hamidin Mohd Amin selaku presiden FAM di Shah Alam, semalam.
"Sepanjang beliau menerajui FAM, beliau begitu tekun dan sentiasa membawa idea-idea baru bagi meletakkan FAM untuk dihormati.
"Dalam tempoh setahun ini, pelbagai pembaharuan dilakukannya dan paling ketara ialah program DNA Bola Sepak Malaysia," tambahnya.