Dalam misi merebut takhta kejuaraan acara bola jaring SIPMA, skuad MASUM dan MSSM tampil dalam aksi penuh dramatik.
MASUM yang majoriti dibarisi pemain dalam Netball Super League memperagakan corak permainan terancang yang menekankan strategi serangan pantas untuk menghasilkan mata jaringan seawal mungkin.
Taktikal itu terbukti berkesan apabila suku pertama dan kedua menyaksikan mereka menjarakkan mata dan meninggalkan MSSM.
Namun MSSM tidak mudah menyerah kalah -- kekuatan mereka yang lebih disiplin ketika bermain berjaya memperlahankan rentak permainan lawan dan merapatkan jurang mata menerusi serangan balas.
Kedudukan pendahulu jaringan saling bertukar sepanjang perlawanan tetapi akhirnya keputusan memihak MSSM sekaligus disahkan sebagai pemenang pingat emas dengan agregat 53 berbalas 52.
Penat lelah sepanjang enam bulan ternyata membuahkan hasil selain kemenangan bersifat sentimental dirasai hasil kejayaan menewaskan pasukan pilihan kejohanan.
Di acara memanah recurve wanita akhir, wakil Majlis Sukan Politeknik Malaysia Nur Ieka Hariesya, tampil mempamerkan prestasi panahan cemerlang untuk diangkat sebagai juara dengan keputusan 7-3.
Kesilapan lawannya Alia Qursyiah dari MASISWA yang gagal menyempurnakan panahan pada set ketiga, beri kelebihan buat ieka untuk terus dominan hingga akhir.
Kejayaan meraih emas sememangnya disyukuri namun ieka akui kurang berpuas hati kerana berasakan dia mampu untuk tampilkan aksi yang lebih baik.