Pesilat negara, Zulfazly Zulfakar, enggan mendabik dada selepas menewaskan juara dunia edisi 2018, Salmov Abdulmalik, dalam Kejohanan Silat Terbuka Uzbekistan minggu lalu.
Pesilat berusia 23 tahun itu mempamerkan aksi konsisten dengan meraih pingat dalam Sukan SEA Filipina hujung tahun lalu, diikuti kejuaraan di Uzbekistan itu dengan menewaskan wakil tuan rumah berkenaan 3-0 dalam final kategori Putera D.
Bagaimanapun, dia enggan berasa terlalu selesa dan bersedia untuk memperbaiki prestasinya menjelang Kejohanan Silat Dunia di Kuala Lumpur, Julai depan.
"Ia kali pertama saya dapat menewaskannya tetapi masih terdapat banyak kekurangan dan saya perlu berlatih lagi.
"Insya-Allah, saya akan mencuba untuk buat yang lebih baik dalam Kejohanan Dunia," katanya.
Sebagai rekod, skuad silat kebangsaan memenangi 11 pingat emas daripada 12 kategori yang dipertandingkan di Uzbekistan.
"Saya memerlukan banyak pengalaman kerana saya masih baru dalam skuad kebangsaan.
"Pengalaman, teknik dan tunjuk ajar daripada jurulatih dan rakan sepasukan," tambahnya.
Editor: Muzaffar Musa