Skip to main content

Advertisement

Sukan Asia

Silat: Zarish kerja keras beralih ke kelas D

zarish-silat.jpg
Pesilat muda negara, Muhammad Zarish Hakim, berdepan cabaran menambah berat badan dalam masa dua bulan ekoran dipilih menggantikan bekas juara dunia 2016, Razak Ghazali, untuk saingan kelas D Putra dalam Sukan Asia Indonesia, bulan depan. 

Zarish sebelum ini beraksi dalam kategori C yang memerlukan berat badan di antara 55 hingga 60 kilogram.

Pada awalnya, dia bergelut untuk menambah berat badan sehingga 65kg berikutan dipilih pada saat-saat akhir untuk menggantikan tempat Razak yang mengalami kecederaan gegaran di kepala dan tidak dibenarkan beraksi dalam temasya Jakarta-Palembang 2018. 

Bukan mudah untuk mengubah kategori dalam masa yang singkat dan untuk itu, Zarish sering mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada Razak bagi berdepan lawan dalam kelas D. 

"Kelas D lebih berat berbanding C. 

"Mahu atau tidak, saya perlu berusaha di gimnasium dan perlu menguatkan lagi kekuatan bagi menghadapi pencabar dalam kelas D nanti," katanya. 

Walaupun peluangnya tipis, pesilat berusia 19 tahun itu menyasarkan pingat emas.

Program latihan di Vietnam selama dua minggu akan menjadi pentas terakhir untuknya menguji sejauh mana daya ketahanan fizikalnya selepas berat badannya kini mencecah 65kg.

"Vietnam merupakan medan untuk kami membina kecergasan, kekuatan dan teknik. 

"Memandangkan persiapan Sukan Asia tinggal lagi sebulan, teknik dan strategi perlu dimantapkan untuk saya menghadapi lawan," ujarnya. 

Advertisement

Must Watch Video