SUKAN SEA
Silat: Zaihan lega prestasi cemerlang pesilat negara
Pengurus skuad silat negara, Zaihan Mohd Isa, lega dengan prestasi yang dipamerkan pesilat negara dalam Kejohanan Silat Terbuka Malaysia, yang berakhir hari ini, sekali gus membuktikan mereka sudah bersedia untuk menghadapi Sukan SEA Filipina, November depan.
Rata-rata pesilat negara mempamerkan aksi yang membanggakan.
Ia meningkatkan keyakinan mereka untuk mencapai sasaran dua pingat emas dalam temasya berkenaan seperti yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).
Iklan
Skuad kebangsaan akan ke Manila, Filipina dari 9 hingga 14 November depan sebagai kem persediaan pra-Sukan SEA.
"Pra-Sukan Sea adalah percubaan untuk melihat kelemahan dan persiapan kami .
"Kami juga mahu meningkatkan teknik untuk mempersiapkan atlet menjelang temasya sebenar," katanya.
Must-Watch Video