Skip to main content

Sukan Asia

Silat: Skuad negara waspada helah tuan rumah

al-jufferi-jamari-silat.jpg
Jurulatih silat negara, Nasri Nasir, percaya apa sahaja bentuk provokasi oleh pihak lawan dapat ditangani sebaik mungkin pesilat negara dalam memastikan pemburuan pingat dapat dilaksanakan dalam sukan yang buat julung kalinya dipertandingkan dalam temasya Sukan Asia.

Sejak tiba di Jakarta Sabtu lalu, skuad silat negara kekal dengan persiapan rapi menjelang saingan yang akan membuka tirainya Khamis ini.

Begitupun, ketika ini, aspek fizikal tidak terlalu ditekankan, sebaliknya ketahanan mental yang tinggi lebih menjadi keutamaan. khususnya dalam menghadapi provokasi penyokong tuan rumah.

"Setakat ini Alhamdulillah, pantauan saya mendapati atlet negara sudah bersedia dan saya harap keadaan akan kekal sebegitu sehingga hari pertandingan seperti dirancang," ujar Nasri. 

Dalam pada itu, Nasri menuntut anak didiknya agar tetap bersedia dengan apa jua kemungkinan sekiranya proses undian esok tidak memihak kepada skuad negara.

Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia (INASGOC) dilaporkan mengutamakan undian secara elektronik, namun dikhuatiri ia lebih memihak kepada pesilat tuan rumah.

Situasi itu secara tidak langsung menyaksikan pesilat negara perlu berdepan lawan yang lebih berkualiti dalam pusingan awal bagi menyukarkan kemaraan mereka.

"Saya telah mengingatkan anak buah supaya sentiasa bersedia dengan apa jua keadaan. 

"Walaupun terpaksa menempuh laluan yang getir, kami harus kekal fokus.

"Jika sudah ditakdirkan tanpa mengira siapa pun yang akan dihadapi, kami akan tetap menjadi johan," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video