SUKAN ASIA 2018
Silat: Skuad negara tidak mahu ambil pusing provokasi
Pesilat negara, Mohd Fauzi Khalid, tidak gentar dengan sebarang bentuk provokasi yang bakal berlaku sama ada di dalam mahupun di luar gelanggang menjelang aksi Sukan Asia Jakarta-Palembang, esok.
Taruhan negara dalam kategori F itu menganggap skuad negara kini dalam persiapan akhir menerusi keperluan meningkatkan aspek kekuatan mental sahaja.
"Semuanya berjalan lancar. Untuk persiapan fasa akhir ini, fokus kami adalah pertandingan semata-mata.
Iklan
"Kalau bertemu atlet tuan rumah, sudah tentu mereka akan mendapat sokongan dan kami akan menerima layanan daripada segi provokasi .
"Jadi, kami perlu lebih bersabar," katanya.
Indonesia bakal menggunakan sistem undian elektronik pada hari ini, begitupun ia menimbulkan kesangsian dalam kalangan peserta, dengan Malaysia cuba membuat bantahan terhadap pelaksanaannya.
"Jika sistem itu digunakan, kelebihan dilihat akan berpihak kepada Indonesia.
"Saya harap pihak pengurusan Malaysia dapat berjuang supaya undian secara manual dapat dijalankan supaya undian menjadi seimbang.
"Undian itu seperti sudah siap diatur dan membolehkan atlet mereka mengelak lawan yang mantap dalam pusingan awal," katanya.
Namun, keutamaan atlet negara ketika ini ialah persiapan mengukuhkan kekuatan mental.
Must-Watch Video