Skip to main content

Sukan Asia

Silat: PESAKA bakal rombak barisan pesilat

megat.jpg
Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, mengakui skuad negara gagal mencapai sasaran tiga pingat emas dan rombakan akan dilakukan selepas tamat Sukan Asia 2018.

PESAKA mengakui misi gagal dicapai di Gedung Padepokan Pencak Silat bagi saingan Sukan Asia kali ini.

Empat perak dan empat gangsa jauh daripada sasaran tiga emas yang telah ditetapkan PESAKA sebelum berlepas ke Jakarta.

Justeru, rombakan akan dilakukan, terutama membabitkan barisan pesilat negara.

"Kami akan melakukan rombakan dalam pasukan. Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbangkan keringat untuk negara," katanya.

"Kami masih lagi ada beberapa sukan yang boleh menyumbangkan pingat untuk negara. Tujuh pingat emas masih lagi mampu dicapai oleh kontinjen negara," kata Chef-de-Mmission Sukan Asia, Datuk Seri Abd Azim Mohd Zabidi.
 

Advertisement

Must Watch Video