Skip to main content

Sukan Lain

Silat bukan sahaja seni pertahankan diri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

silat.jpg
Majlis perasmian Kejuaraan Silat MSO Kids Warrior berlangsung penuh meriah di N9 Arena, Nilai Negeri Sembilan. 

Dengan matlamat memupuk semangat kesukanan, disiplin, dan cinta terhadap seni mempertahankan diri dalam kalangan generasi muda, kejohanan itu turut mendapat sokongan padu daripada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). 

"Bukan setakat silat itu sendiri, malah pembentukan jati diri dan sahsiah anak-anak.

"MSO bukan sahaja berperanan mencungkil bakat-bakat baharu, tetapi komitmen mengangkat martabat silat di peringkat tanah air dan antarabangsa," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MSO, Shafie Omar.




Kejohanan itu menghimpunkan penyertaan atlet cilik daripada pelbagai peringkat umur, bertujuan melahirkan generasi muda yang bukan sahaja hebat dalam gelanggang, tetapi juga berdisiplin, berani dan menghormati warisan seni budaya Melayu.

Antara detik menarik pada malam perasmian termasuk gimik khas di mana semua peserta bersama-sama melakukan pergerakan silat secara serentak di atas pentas dan di gelanggang sebagai simbolik kepada kesatuan dan semangat juang dalam kalangan pesilat muda.
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video