Melihat kekurangan pelumba tempatan bersaing dalam Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP), satu inisiatif dilancarkan bagi mencari bakat baru sekali gus mengekalkan kelangsungan penyertaan Hafizh Syahrin Abdullah dan Khairul Idham Pawi di pentas itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali, sudah mengadakan perbincangan dengan Pengarah Pelumba Pembangunan dan Media Red Bull MotoGP Rookies Cup, Peter Clifford, tentang masa depan sukan permotoran Malaysia.
SIC mengambil inisiatif itu selepas menyedari tiada pelumba tempatan untuk menggantikan pelumba Moto2 negara, Khairul Idham, yang mengalami kecederaan ketika beraksi di Litar Jerez, Sepanyol awal bulan lalu.
Razlan optimis Clifford yang sudah mempunyai pengalaman selama 13 tahun bersama Red Bull MotoGP Rookies Cup mampu membantu SIC menangani masalah itu.
"Saya menjemput Peter (Clifford) untuk hadir ke Malaysia bagi mengadakan perbincangan dengan SIC dan Fahmi, untuk memahami apa yang kami miliki dan lakukan, untuk memahami bagaimana kami mencari pelumba dan untuk melihat sama ada kami di landasan yang tepat atau tidak.
"Ia juga bagi mengenal pasti apakah perbezaan di antara pelumba muda Malaysia, Asia dengan Eropah seperti penunggang Sepanyol dan Itali," kata Razlan.
Sementara itu, Clifford menyatakan dia perlu melihat rekod pelumba negara bagi mencari jalan penyelesaian dalam masalah ini dan punca kegagalan mereka untuk mara lebih jauh dalam sukan permotoran dunia.
"Kami mahu rakyat Malaysia faham bahawa segalanya telah tersedia di sini. Kita bukan sahaja memiliki salah sebuah litar grand prix terbaik dunia di Malaysia, malah turut mempunyai struktur penuh yang tersedia. Menyentuh mengenai struktur penuh, ia adalah bagaimana laluan menuju ke puncak dalam meraih kemenangan GP."