Ketua Pegawai Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, menjelaskan bahawa jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong, berkemungkinan dijangkiti wabak Covid-19 ketika berada di Sibu, Sarawak pada Rabu lalu.
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengesahkan bahawa Jackie merupakan atlet pertama yang dijangkiti virus berkenaan semalam.
Dia dikhabarkan berjumpa dengan bapanya, yang turut disahkan positif Covid-19, di kampung halamannya itu.
Berdasarkan penilaian yang dilakukan MSN terhadap kronologi kes itu, jangkitan berkenaan mungkin dihidapinya ketika berada di Sibu pada 11 Mac lalu.
Jika penilaian itu benar, ia bermakna peratusan penularan wabak itu di MSN amat kecil dan ia memberikan kelegaan buat badan induk itu.
"Kami memiliki keyakinan besar bahawa jangkitannya hanya bermula pada 11 Mac.
"Jadi, untuk berlaku adil kepada Jackie, kami berharap jangkitan itu benar-benar berlaku pada 11 Mac dan segala hubungan sentuhan yang berlaku sebelum tarikh itu, kami harapkan tiada yang akan dijangkiti," katanya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Persediaan Atlet MSN, Jefri Ngadirin, mengingatkan semua atlet dan jurulatih agar mematuhi arahan kuarantin yang ditetapkan.
Biarpun segala aktiviti latihan dan program terpaksa dihentikan buat sementara waktu, ia tidak bermakna mereka sudah bebas memandangkan masih perlu bertanggungjawab untuk mengekalkan kecergasan sendiri.
"Kami telah meminta semua jurulatih untuk memberikan program latihan peribadi kepada semua atlet di bawah jagaan mereka.
"Dan mereka juga diminta untuk memantau latihan atlet secara individu sama ada secara atas talian atau melalui media perhubungan.
"Kami berharap dengan cara itu mereka dapat mengekalkan kecergasan dan kemahiran yang perlu," katanya.