Skip to main content

Sukan Lain

Shalin intai gelaran juara dunia

shalin.jpg
Kemahuan menjadi juara dunia tetap membara buat Shalin Zulkifli meskipun sudah hampir tiga dekad mengerah keringat buat skuad kebangsaan.

Shalin mula diserap ke dalam program kebangsaan sejak berusia 13 tahun dan 2019 menjadi tahun ke-28 dia menabur bakti untuk Malaysia. 

Kali terakhir dia bergelar juara dunia adalah bersama skuad lima sepasukan negara ketika edisi di Las Vegas, Amerika Syarikat  pada 2017.

"Saya berasakan kami mampu menampilkan persembahan yang lebih baik dalam edisi kali ini kerana ia masih lagi dipertandingkan di venue yang sama," katanya.

Bagaimanapun, Shalin mengetahui di sebalik statusnya sebagai atlet senior, tiada tiket percuma menanti untuk saingan Kejohanan Boling Tenpin Dunia Wanita 2019 yang turut belangsung di Las Vegas.

Skuad wanita juga bakal menjadikan Jelajah Eropah berbanding PWBA Amerika Syarikat sebagai medan menguji prestasi di sebalik pengurangan dana.

"Kami mungkin akan mengutamakan latihan serta kejohanan dalam negara sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Dunia itu nanti."

Advertisement

Must Watch Video