Jaguh bina badan negara, Mohd Shahrul Azman Mahen Abdullah, memberi amaran kepada mana-mana atlet yang akan menyertai Kejohanan Mr Malaysia yang bermula esok supaya menarik diri jika pernah mengambil bahan terlarang.
Pada kebiasaannya, Kejohanan Bina Badan Mr Malaysia sering memiliki rekod atlet dikesan positif doping.
Ia memberi reputasi buruk terhadap sukan itu sehingga tidak dipertandingkan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, dari 19 hingga 30 Ogos depan.
Setakat tahun ini, belum ada mana-mana atlet dikesan positif doping dan secara tidak langsung, rekod itu perlu dikekalkan menjelang temasya dwi-tahunan itu nanti.
"Kalau ada mana-mana atlet yang terbabit mengambil bahan terlarang, lebih baik mereka tarik diri sahajalah.
"Kami tidak mahu bertolak-ansur mengenai soal bahan terlarang. Pihak persatuan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) amat tegas dalam soal bahan terlarang, saya harap tiada kes doping pada kali ini," katanya.
Shahrul tidak akan beraksi kerana sudah memiliki status Mr Universe dan Mr Asia.
Kejohanan yang akan berlangsung di Puchong, Selangor, itu juga merupakan peluang untuk mengesan pengganti kepada Sazali Samad dalam kategori 75kg.
Sazali digantung empat tahun kerana positif steroid dan hukuman itu akan tamat pada 2019.
"Kita mempunyai calon yang boleh diletakkan dalam kategori Sazali.
"Jadi, kami akan cuba untuk membantu dia menggantikan tempat Sazali."
"Tetapi, perjalanannya masih jauh."