Skip to main content

Sukan Lain

Shahidan Kassim dicabar!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kassim.jpg
Kejutan berlaku melibatkan saingan empat penjuru menyaksikan perebutan kerusi jawatan Presiden Olahraga Malaysia (MA) dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2025-2029, 15 Jun ini.

Penyandang terkini, Datuk Seri Shahidan Kassim, bakal dicabar oleh Datuk Karim Ibrahim yang membuat kemunculan semula sejak kali terakhir memegang kerusi panas itu pada penggal 2014-2019. 

Dua lagi calon ialah Datuk Wan Hisham Wan Salleh dan Datuk Mark Ling. 

Bagi Shahidan, dia yakin dapat mempertahankan jawatannya itu dan dalam masa sama berharap persaingan sihat dapat diserlahkan calon lain.

"Pihak masing-masing boleh berkempen tapi elakkan diri daripada bercanggah dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya di Nadi Arena.

Sementara itu, Datuk Karim Ibrahim mempunyai visi untuk mengubah situasi yang terjadi dalam kem olahraga ketika ini jika dirinya terpilih.

Karim yang tercalon untuk bertanding jawatan timbalan presiden menginginkan satu perubahan ketara dalam pengurusan atlet olahraga negara.

 

"Kita nampak olahraga negara semakin merosot, baru-baru ini.

"Dengan ini, saya mengambil keputusan untuk bertanding untuk membuat sesuatu dengan paling utama iaitu menekankan kepentingan atlet," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

Advertisement

Must Watch Video