Skip to main content

Sukan Lain

Shah Firdaus: Sains sukan banyak bantu berbasikal trek

shah-firdaus.jpg
Musim 2023 sememangnya menjanjikan detik bersejarah buat pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, kerana ia merupakan fasa kritikal dalam misi menempatkan diri dalam kalangan pelumba elit dunia, Sukan Olimpik Paris 2024.

Kejohanan pertama membabikan pelumba kelahiran Johor itu untuk mengumpul mata kelayakan ke Paris bermula dengan Piala Negara-Negara di Jakarta, Indonesia, dari 23 hingga 26 Februari depan.

Atas faktor itu, jalinan kerjasama daripada pelbagai institusi bagi memperkasakan elemen sains sukan termasuk basikal WX-R Vortex serta suit yang direka khas dengan kelengkapan teknologi terkini bakal membantunya mencapai kepantasan optimum.

"Kami masih mencari teknik terbaik daripada segi pakaian, basikal termasuk kedudukan di atas basikal. 





"Ketika ini negara lain seperti Belanda giat membangunkan aspek ini jadi banyak perkara baru yang akan mereka jumpa. 

"Jadi kita tidak boleh ketinggalan. MSN (Majlis Sukan Negara) dan ISN (Institut Sukan Negara) sedang mengusahakannya termasuk daripada segi basikal dan peralatan," katanya. 

Dalam pada itu, Shah Firdaus berkongsi kepentingan elemen penyelidikan dan pembangunan khususnya di luar trek memainkan peranan yang besar di sebalik kejayaan pelumba di pentas tertinggi dunia.

"Bermula bulan depan, kami akan kerap ke United Kingdom untuk tujuan kajian dan sebagainya.

"Saya masih tercari-cari 'free speed' sendiri, maksudnya tanpa mengggunakan kudrat.

"Jadi saya perlu dapatkan seragam yang kena dengan posisi badan saya dan basikal yang betul-betul aerodinamik.

"Kalau gunakan basikal yang terlampau ringan, ia boleh menjejaskan kekuatan basikal itu sendiri dan ia akan sentiasa dibangunkan berdasarkan maklum balas daripada saya," katanya pula. 
 

Advertisement

Must Watch Video