Barisan atlet Sabah yang akan ke Perak untuk menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) pertengahan bulan ini diminta untuk fokus serta melakukan yang terbaik sebelum memikirkan soal insentif.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata atlet-atlet yang mewakili negeri itu perlu mengubah cara pemikiran daripada hanya memburu insentif semata-mata, sebaliknya harus berbangga dan berusaha untuk mengharumkan nama negeri.
"Saya tidak mahu menyentuh soal insentif kerana apa yang lebih penting ialah semangat mereka membawa cabaran negeri kelahiran mereka dan bukannya sekadar menyertainya atau mengejar insentif.
"Kita harus mengubah cara pemikiran ini. Atlet-atlet seharusnya rasa bangga mewakili negeri dan akan berjuang habis-habisan bagi mengharumkan nama Sabah," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penyerahan bendera negeri kepada kontinjen Sabah di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, hari ini.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan negeri, Frankie Poon, ketika ditemui turut menjelaskan kontinjen Sabah mengekalkan sasaran 40 pingat emas seperti SUKMA di Sarawak, dua tahun lalu.
"Saya tidak mahu mengatakan sama ada kita mampu mencapainya atau tidak, kita akan lihat nanti dan biar masa menentukannya.
"Bagaimanapun, saya yakin dengan kemampuan atlet kita berdasarkan prestasi semasa mereka dan persiapan yang dilakukan bagi menghadapi Sukma kali ini juga baik serta berjalan lancar," ujarnya.
SUKMA kali ini menyaksikan kontinjen Sabah menghantar seramai 422 atlet dengan jumlah acara sukan yang disertai ialah sebanyak 23, iaitu 14 sukan wajib dan sembilan sukan pilihan.