Bimbang akan suami miliki hubungan sulit ketika berjauhan dari rumah, isteri kepada jurulatih bola keranjang China, Liu Weiwei, telah meminta peminat untuk memantau pergerakannya.
"Saya dan suami hidup berjauhan, bergantung kepada kepercayaan," kata isteri ketua jurulatih Qingdao Eagles menerusi media sosial.
"Jika ada sesiapa yang mahu cuba memikatnya, saya berharap penyokong di seluruh negara dan membantu untuk saya menangkap jika dia berbuat sedemikian."
Menurut QQ, jurulatih Persatuan Bola Keranjang China sering kali menghadapi perjalanan yang cukup lama sepanjang musim, menjurus kepada masa yang terhad bersama keluarga.
"Keluarga kami cukup indah. Menjadi isteri kepada jurulatih cukup mencabar.
"Sejak 18 tahun yang lalu, saya memikul tanggungjawab keluarga saya, membesarkan anak-anak dan menyokong karier suami saya.
"Kunci semangat saya adalah keberanian untuk mengelak daripada gangguan luar serta mengekalkan integriti keluarga ini."