Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Permotoran

Sepang 1000km: Pasukan Toyota Gazoo Racing Malaysia pertaruh kombinasi pemandu sasar podium

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

toyota-gazoo-racing-malaysia.jpg
Duta Toyota Gazoo Racing, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel, menagih tagih persembahan dan gaya perlumbaan terbaik daripada Naquib Azlan-Mitchell Cheah agar Kejuaraan Sepang 1000km pada 2022 boleh diulang.

Dia melihat prestasi memberangsangkan pelumba Pasukan Toyota Gazoo Racing Malaysia itu selepas setahun mengharungi Malaysia Championship Series 2024.

"Kami sasarkan untuk menang, cabarannya semakin meningkat setiap tahun.

"Dengan peraturan juga ada ditukarkan sedikit, jadi kerjasama di antara pemandu mampu memacu mereka ke podium pada tahun ini. 




"Mereka sudah bergabung selama setahun dalam Malaysia Championship Series. Mereka saling memahami dan saya mengambil keputusan untuk untuk bantu teknikal pasukan kerana perlumbaan ini membabitkan 1000km, (menyamai) 181 pusingan. 

"Jadi jentera mestilah mampan. Kerjasama sepasukan amat penting untuk meraih pencapaian," katanya.  

Selain cemerlang pada 2022 selaku juara dan menghuni P3 dalam edisi lalu. 
 
 

Advertisement

Must Watch Video