Skip to main content

Advertisement

Sukan Asia

Sepak takraw: Skuad negara ancam tarik diri berpasangan berpasukan

datuk-seri-ahmad-ismail.jpg
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) berikrar untuk menarik diri daripada acara berpasangan berpasukan setelah Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC) kekal dengan keputusan untuk tidak membenarkan Malaysia bertanding dalam regu berpasukan dalam temasya itu bulan depan. 

Ia susulan INASGOC tidak membuat sebarang perubahan dalam jadual acara sepak takraw meskipun PSM merayu untuk bertanding dalam acara regu berpasukan dan bukannya berpasangan berpasukan.

"Sebaik PSM mengenal pasti masalah yang timbul tetapi untuk berbaik-baik dengan manusia, saya berpendapat kita tidak perlu fikir yang bukan-bukan seperti sabotaj.

"Kami bersikap terbuka dan biar kita tengok dulu. 

"Jika ditanya jurulatih dan pemain, mereka tidak bersedia.

"Hasil daripada perbincangan, kami boleh menerima kekalahan tetapi kalau kalah 21-4 (kalah teruk), malulah kita. Baik tidak usah ambil.

"Dalam majlis tertinggi saya sudah jelaskan, PSM tidak akan ambil (bahagian)," kata Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail.

Sementara itu, menurut pandangan ketua jurulatih sepak takraw negara, Abdul Talib Ahmad: "Kalau diikutkan, siapa yang tidak hampa kerana kami telah berlatih selama bertahun-tahun. 

"Ini mengecewakan bukan saya sahaja, malah pemain juga."

"Betullah langkah diambil Tok Mad (Ahmad Ismail) sebab kami tidak pernah berlatih untuk acara berpasangan berpasukan. 

"Lagipun, Sukan Asia sudah terlalu dekat, kalau tidak hantar wakil sekalipu, ia tindakan yang betul," kata tonggak negara, Hanafiah Dollah.

Setiap negara dibenarkan untuk bertanding dalam dua acara dan Malaysia masih akan berjuang dalam acara antara regu. 

Advertisement

Must Watch Video