Skip to main content

Sukan Lain

Sepak Takraw Remaja Kebangsaan: Perak muncul juara

peraktakraw.jpg
Perak muncul juara kategori wanita Kejohanan Sepak Takraw Remaja Kebangsaan 2019 di Kompleks Sukan MSN, Taman Keramat AU2, Kuala Lumpur, semalam.

Kejohanan antara regu selama tiga hari itu disertai oleh 17 regu.

Regu Perak A diwakili Nur Fatihah Azizul, Siti Farisha Ismi Hissan, Ainul Aqila Ahmad Zambri dan Waliana a/p Kongsol  muncul juara selepas mengatasi Sarawak 2-1.

Regu Perak itu menag set pertama 21-15 tetapi tumpas 18-21 dalam set kedua.

Set ketiga berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan berkejaran mata sebelum Perak menang 22-20.

Perak A mara ke perlawanan akhir selepas menundukkan Sabah A 2-1 manakala Sarawak 
mudah melepasi Perak B 2-0 dalam separuh akhir.

Sementara itu, Perak B dan Sabah A berkongsi kedudukan ketiga.

Advertisement

Must Watch Video