Timbalan Chef-de-Mission, Dr. P. Vellapandian, menyerahkan isu regu sepak takraw kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyertai Sukan Asia Indonesia 2018 sebelum pemain negara berlepas ke Palembang, esok.
MOM perlu mengadakan perbincangan lebih mendalam dengan Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC).
Setakat ini, skuad negara masih gagal didaftarkan dalam acara regu dan masih kekal dalam regu berpasukan serta berpasangan berpasukan.
Masa semakin suntuk apabila skuad sepak takraw negara dijadual berlepas ke Palembang, esok.
"Keputusan harus dibuat untuk pasukan takraw negara. Perkara ini berada dalam proses perbincangan tertinggi di antara MOM, OCA dan INASGOC. Saya berharap keputusan yang dilakukan positif buat skuad negara," katanya.
Jalan terakhir ialah menerusi rayuan kepada panel timbang tara.
Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail, sudah beberapa kali menyuarakan agar menarik diri daripada acara berpasangan berpasukan jika isu ini gagal diselesaikan kerana pemain negara tidak membuat persiapan.
Jika ia berlaku, bermakna skuad sepak takraw hanya akan menyertai regu berpasukan yang turut membabitkan gergasi, Thailand.