Skip to main content

Sukan Asia

Sepak takraw: Malaysia taruh harapan pada ISTAF

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

istaf.jpg
Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) mungkin menjadi talian hayat terakhir untuk skuad Malaysia menghidupkan sisa-sisa perjuangan rayuan bagi beraksi dalam acara antara regu dalam Sukan Asia 2018.

Sepak takraw dijadualkan membuka tirai pada Ahad ini dan Malaysia bakal melakar satu sejarah hitam jika disahkan tidak beraksi buat kali pertama dalam acara antara regu sejak sukan itu mula diperkenalkan dalam edisi 1990.

Antara kerumitan yang akan dihadapi jika Malaysia diserap pada saat-saat akhir adalah jumlah pasukan yang bertanding dalam acara antara regu, di mana ia akan menjadi sembilan pasukan secara keseluruhan dan ia mungkin memaksa undian semula diadakan.

Senario itu sahaja sudah membangkitkan protes daripada kalangan negara lain.

"Bagi saya, ia bukan hanya untuk hari ini sekiranya wujud keputusan-keputusan yang dilakukan demi mencipta perubahan. 

"Kalau semua pihak memahami dan setuju, satu keputusan yang baik masih mampu dilakukan walaupun banyak pasukan atau negara yang melakukan protes terhadap Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF)," kata Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader.

 

Advertisement

Must Watch Video