Usaha Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyenaraikan skuad sepak takraw negara dalam acara regu berpasukan dalam Sukan Asia Indonesia bulan depan menuju jalan mati selepas penganjur mengeluarkan jadual lengkap yang menyaksikan undian semula dijalankan.
Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC) mengeluarkan jadual lengkap sepak takraw yang menawarkan enam pingat emas.
Malang buat Malaysia apabila usaha untuk tersenarai dalam acara regu berpasukan lelaki tidak kesampaian apabila skuad kendalian Abd Talib Ahmad itu kekal dalam saingan antara regu dan berpasangan berpasukan.
Ia tamparan hebat buat MOM yang berpegang kepada janji INASGOC bahawa masalah itu akan diselesaikan.
"Saya telah menghubungi pihak berkenaan dan mereka memberi jaminan kepada MOM untuk menolong skuad sepak takraw Malaysia.
"Kami sudah mendapatkan kepastian daripada INASGOC bahawa tidak akan ada pasukan yang menarik diri.
"Kami akan menyertai acara antara regu dan sedang berusaha mendapatkan hitam putih untuk keputusan itu," ujar Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib.
Majlis undian Sukan Asia di Jakarta awal bulan ini menyaksikan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail, berang apabila skuad negara tidak tersenarai dalam acara regu berpasukan.
Beliau mendakwa wujud kesilapan teknikal kerana acara itu harapan utama Malaysia untuk menamatkan kemarau emas sejak 24 tahun lalu.
"Mungkin ada ruang dan saya selaku presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) memantau situasi yang berlaku kerana Sukan Asia adalah termaktub di dalam undang-undang dan peraturan Majlis Olimpik Asia (OCA) dan INASGOC juga mengikut peraturan tersebut.
"Bagi pihak Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dan ASTAF, kami juga terpaksa mengikut peraturan OCA," ujar Presiden ASTAF, Datuk Abd Halim Kader.