Skip to main content

Sukan Asia

Sepak takraw: Malaysia mahu elak penglibatan panel timbang tara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

takraw_2.jpg
Timbalan Chef-de-Mission (CDM), Dr P. Vellapandian, mengakui beliau dan seluruh kem Malaysia sedang berusaha untuk mengelak isu melibatkan skuad sepak takraw negara daripada dibawa ke panel timbang tara.

Sebelum ini, Pengarah Jawatankuasa Protokol dan Perhubungan Antarabangsa, Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia (INASGOC), Nur Laily Rahmawati, memberi jaminan isu regu sepak takraw yang dihadapi Malaysia akan dibincangkan pada hari terakhir pendaftaran kontinjen Sukan Asia Indonesia 2018 esok.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, kata putus masih gagal dicapai dan apa yang mungkin melegakan adalah perkhabaran bahawa INASGOC memberi jaminan akan membincangkan perkara itu secara mendalam pada hari terakhir mesyuarat pendaftaran.

Namun, Dr. Vellapandian masih berharap agar situasi itu tidak perlu melibatkan panel timbang tara.

"Selepas mesyuarat, saya ada bertemu dengan wakil Majlis Olimpik Asia (OCA) dan mereka memberitahu bahawa permintaan Malaysia itu dilihat dengan serius untuk pendaftaran. Masih ada satu hari dan saya rasa ia akan diselesaikan.

"Bagi saya, perkara ini adalah perbincangan di antara INASGOC dan OCA kerana daripada pihak kami, segala maklumat telah diberikan dan kerjasama mereka amat diperlukan," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video