TINJU
Sentuhan Mike Tyson seperti tidak pernah hilang!
Itu yang dapat disaksikan dalam sesi latihan terakhir legenda tinju, Mike Tyson, menjelang pertarungan dengan Jake Paul.
Pertarungan penuh bersejarah antara dua darjat, legenda yang pernah mewarnai sukan tinju, Mike Tyson yang bertemu Jake Paul, petinju yang naik menerusi kejayaan mengatasi barisan bekas petinju MMA sejak beberapa tahun yang lalu.
Mike Tyson is looking SCARY in the open workout before the Jake Paul fight ? pic.twitter.com/yGHhLd5Yum— Happy Punch (@HappyPunch) November 13, 2024
Walaupun perbezaan 31 tahun antara kedua-dua petinju yang bakal bertarung di laman keramat Dallas Cowboys, Stadium AT&T, Tyson membuktikan sentuhannya yang sentiasa digeruni apabila melangkah ke gelanggang akan memberikan kesan yang mendalam buat Jake Paul.
Iklan
Perlawanan di antara Tyson dan Paul akan mencipta sejarah sebagai acara sukan tempur pertama disiarkan secara langsung di Netflix dan dijangka akan menarik minat penonton paling ramai dalam sejarah sukan tinju.
Must-Watch Video