Barisan pemain skuad hoki negara mahu program latihan bersama bekas pemain hoki kebangsaan Australia, Michael McCann, ada kesinambungan dan tidak hanya terhad kepada satu minggu sahaja.
Bekas penyerang Australia berusia 41 tahun itu akan menyertai barisan kejurulatihan The Malaysian Tigers bagi membantu membentuk ketajaman barisan penyerang negara.
Kapten skuad negara, Sukri Mutalib, memuji program yang dirangka Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) itu bagi menambah baik prestasi skuad negara, namun dia berharap akan ada kesinambungan selepas ini.
"Ia merupakan program yang berkesan buat skuad negara. Saya berharap program ini akan mendapat kesinambungan supaya impak positif dapat dipamerkan ketika Malaysia turun beraksi," katanya.
Nor Syafiq Sumantri juga mendambakan ilmu dan penglibatan legenda Australia itu dalam pembangunan skuad negara walaupun hanya seminggu bagi memastikan skuad negara bersedia sepenuhnya.
"Pengalaman McCann membantu kami memahami serta mendalami pendekatan ketika menyerang," kata Syafiq.
McCann juga merupakan bekas jurulatih serangan Jerman, sekali gus penglibatannya juga untuk membantu pemburuan tempat ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi pusingan kelayakan terakhir November depan.